fbpx

Suami Fatin Afeefa jutawan saham muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF AWANG merupakan seorang jutawan pelaburan saham online dikhabarkan berkahwin malam tadi dengan Fatin Afeefa di sebuah majlis mewah di Subang Jaya, Selangor.

PETALING JAYA – Sudah terang lagi bersuluh. Biarpun tiada hitam putih daripada si empunya badan, pelakon Fatin Afeefa kini sah bergelar isteri kepada jutawan muda Aliff Awang.

Difahamkan, Aliff atau terkenal dengan nama Opai dalam TikTok bergelar jutawan dalam tempoh empat bulan pertama selepas melibatkan diri dalam dunia pelaburan saham secara online.

Perkara tersebut didedahkan sendiri menerusi satu video dalam platform media sosial tersebut.

Aliff yang berusia awal 30-an sah bernikah dengan Fatin malam tadi di sebuah lokasi mewah bertempat di Subang Jaya, Selangor mendedahkan, gagal mencipta kejayaan adalah satu perkara lazim dalam sesuatu perniagaan namun usah terlalu lama bersedih akan perihal terbabit.

“Mungkin orang lain kebiasaannya akan cakap mereka dah cukup kerja keras,” katanya menerusi satu muat naik video dalam TikTok.

Ujar Aliff lagi, untuk berjaya dalam hidup, seseorang itu perlu segera menemukan penyelesaian terhadap permasalahan kehidupan.

“Macam aku, aku beri masa (nak selesaikan masalah) sampai bangun tidur sahaja. Bangun, aku dah tahu jalan penyelesaian dah.

“Aku cuba selesaikan sesuatu masalah itu dalam tempoh masa yang aku berikan pada diri sendiri. Aku takkan letak stres pada diri.

“Kadang-kadang, ada orang dia gagal hari ini, esok juga dia nak menang balik. Macam aku, gagal hari ini, aku akan bagi tempoh masa seminggu namun pada masa sama, tak nak rosakkan kepala.

“Kepala atau otak kita macam enjin. Kita jaga enjin kita supaya satu hari, kita tak nak penat. Kita nak enjin itu jangan ‘overhaul’, kita nak biar dia boleh guna jangka masa panjang. 10 tahun atau 20 tahun boleh pakai,” ujar Aliff.

Malam tadi, Aliff bernikah dengan Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin dalam sebuah majlis yang diadakan bertempat di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

@aliff_awang

Apa yang kau dah “bagi” , kau belum cukup “bagi” lagi. Kau pernah susah? Lepastu senang, lepastu susah balik? Tak pernah kan? Aku lalui perkara macamni SETIAP HARI. I gamble in life. Jika aku tak mengambil risiko, aku takkan berjaya. Sesiapa yang pernah follow aku, aku REAL. Ada waktu seakan akan takkan salah. Ada kala, nak betul pun susah. Tapi itulah punca utama mengapa ramai percayakan aku. Kau nak berjaya? Trading kau PROGRESS secara PROGRESSIVE, bukan aggressive, Kau tekan LINK KAT BIO. Chat dengan admin aku 🫰🏻#confirmfyp

♬ Experience (Piano e Violin) – Pietro Scichilone

Pasangan mempelai itu sah bergelar suami isteri sekira pukul 8.40 malam tadi.

Berita perkahwinan mengejut tersebut turut dikongsikan jurusolek ternama tanah air, Datuk Alha Alfa yang bertindak mengoles atau mencantikkan wajah pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Tentang Bulan itu.

Antara selebriti tanah air yang turut hadir termasuklah, Bella Astillah yang merupakan rakan baik Fatin.

Usaha Kosmo! Online mendapatkan kenyataan daripada pihak Afeefa belum berhasil apabila nombor telefon pelakon filem Tentang Bulan itu gagal dihubungi.

FATIN AFEEFA bernikah dengan Aliff Awang malam tadi dalam sebuah majlis mewah bertempat di Subang Jaya, Selangor. – INSTAGRAM.

Bulan lalu, Fatin, 28, sepertinya memberi bayangan sudah bergelar tunangan orang namun tiada perincian lanjut.

Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI