fbpx

Lee Zii Jia mahu lupakan mimpi ngeri 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA mahu melupakan mimpi ngeri ketika beraksi pada edisi 2022 apabila tersingkir di pusingan kedua selepas tewas kepada wakil Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.

PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia tekad untuk mara lebih jauh pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 yang akan berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil bermula 10 hingga 15 Januari depan.

Zii Jia yang menghuni ranking No.2 dunia ketika ini menegaskan, dia mahu melupakan mimpi ngeri ketika beraksi pada edisi 2022 apabila tersingkir di pusi­ngan kedua selepas tewas kepada wakil Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, bekas pemenang kejohanan Seluruh England (All England) itu berazam untuk melangkah jauh dan tidak menghampakan harapan penyokong-penyokong sendiri.

“Seperti yang saya cakap, sasaran saya masih sama iaitu untuk pastikan permainan yang lebih stabil. Saya juga tidak pasti tahun ini (2023) akan menjadi atau tidak tetapi saya cuba memperbaikinya.

“Saya sudah lupakan apa yang berlaku pada Terbuka Malaysia 2022 dan mahu melangkah lebih jauh. Kali ini bukan sahaja saya mahu buktikan kepada penyokong tetapi diri sendiri juga bahawa saya layak berada di ranking No.2 dunia,” katanya.

Berdasarkan undian yang dijalankan, pemain berusia 24 tahun itu dijadualkan bertemu wakil Jepun, Kodai Naraoka di pusingan pertama dan dia dijangka berdepan rakan senegara, Ng Tze Yong pada pusingan kedua.

“Permulaan nanti saya akan bertemu Kodai (Naraoka), jadi saya fikir perlawanan itu sangat sukar. Bagaimanapun, saya tidak ada pilihan kerana turun de­ngan status sebagai pilihan kedua selain bermain di gelanggang sendiri.

“Kemungkinan bertemu bekas rakan sepasukan (Tze Yong), saya yakin ia akan jadi satu perlawanan menarik, terutamanya kepada peminat-peminat tuan rumah. Semua orang pasti mahu menyaksikan perlawanan antara dua pemain terbaik Malaysia,” ujar Zii Jia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI