fbpx

Fahmi arah JPDP, CSM siasat dakwaan kebocoran data

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) menyiasat satu dakwaan berlaku kebocoran data melibatkan kira-kira 13 juta rakyat Malaysia.

Difahamkan, data-data tersebut merupakan milik pengguna syarikat swasta dan agensi milik kerajaan.

Fahmi berkata demikian ketika memberi maklum balas kepada satu ciapan yang dibuat seorang pengguna Twitter, @PendakwahTekno yang memaklumkan hampir 13 juta maklumat pengguna telah bocor.

Dakwaan berlaku kebocoran data oleh seorang pengguna Twitter.

“Ini satu dakwaan yang serius, melibatkan jumlah data yang banyak.

“Saya akan minta CyberSecurity Malaysia, JPDP siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan, serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Setakat ini, syarikat swasta serta agensi milik kerajaan berkaitan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu dakwaan berlaku kebocoran data berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI