fbpx

Bajet 2023 pertimbang manifesto parti anggota kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (hadapan, dua daripada kanan) bersama kepimpinan JKDM Terengganu di Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula pada 24 Februari depan akan mengambil kira manifesto semua parti politik yang menyertai kerajaan Perpaduan.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, urusetia khas yang dibentuk bakal mempertimbangkan manifesto yang positif untuk dinilai sebelum dimasukkan Bajet 2023 baharu itu.

“Ada pelbagai parti (politik) dalam kerajaan perpaduan yang menjadikan dua per tiga majoriti. Parti-parti itu mempunyai manifesto yang baik-baik untuk dilaksanakan.

“Pada masa sama, kerajaan juga tiada halangan untuk meneruskan beberapa kandungan dalam Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di Pejabat Kastam Kemaman di sini hari ini.

Ahmad berkata, pembentangan Bajet 2023 yang akan dibentangkan Perdana Menteri juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan turut mempertimbangkan beberapa penambahan lain.

Jelas beliau, Kementerian Kewangan akan melakukan perbincangan lanjut berhubung Bajet 2023 berkenaan bermula 3 Januari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI