fbpx

Taemin hitung hari keluar kem tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAEMIN

PEMINAT kumpulan SHINee atau lebih dikenali sebagai Shawols sememangnya menantikan kepulangan anggota mudanya iaitu Taemin yang sedang melaksanakan perkhidmatan ketenteraan wajib sejak Mei 2021.

Sejak kemunculan terakhir mereka pada 22 Februari 2021 sebelum Taemin menjalani latihan, Shawols tertunggu-tunggu kemas kini mengenai ahli muda itu.

Pada malam Krismas, Taemin tiba-tiba memuat naik Instagram Story gambar dan video kucingnya, bernama Kkong.

Dalam InstaStory tersebut, penyanyi dan juga penulis lagu itu sempat bertanyakan khabar peminat dan meninggalkan pesanan untuk memakai baju panas pada musim sejuk.

Dalam entri yang sama, dia memberi bayangan seperti sedang menghitung hari untuk melengkapkan latihan ketenteraan, sekali gus kembali bergiat aktif dengan karier nyanyian yang ditinggalkan sejak lebih setahun lalu.

Umumnya, peminat tahu tarikh Taemin bakal menamatkan latihan ketenteraan selepas 18 bulan iaitu pada 4 April 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`