fbpx

Sembilan pekerja asing melecur akibat kebocoran gas memasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khatbe menunjukkan kesan melecur akibat terkena letupas gas memasak.

DUNGUN – Seramai sembilan pekerja warga asing iaitu lapan lelaki warga Nepal dan seorang warga Bangladesh cedera dalam kejadian letupan ekoran kebocoran tong gas memasak di sebuah rumah kongsi di Felda Kerteh 2 di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu menyebabkan lima warga Nepal iaitu Pariyar Ganesh, 21; Yadav Surendra Kumar, 39; Yadav Hari Narayan,38; Pun Jhuplal,37; Sidali Lal Bahadur, 24, dan seorang warga Bangladesh, Islam Mohammad Tajul, 37 melecur teruk pada bahagian badan dan kepala.

Tiga lagi mangsa, iaitu Yadav Diplal Kumar, 23, dikejarkan di Hospital Dungun untuk rawatan lanjut sementara Khatbe Baijanath,40, dan Nand Lal Sah Haluwai, 41, menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Salah seorang mangsa, Khatbe Baijanath berkata, kejadian berlaku sewaktu mereka memeriksa dapur gas selepas tercium bau gas yang kuat.

“Pada awalnya, saya bersama 18 rakan-rakan lain duduk berehat selepas makan malam sebelum salah seorang kawan serumah terhidu bau gas yang kuat dari bahagian dapur.

“Kami bersama-sama ke dapur untuk memeriksa dapur gas namun tiba-tiba berlaku letupan kuat sebelum api menyambar ke arah kami,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Dungun di sini hari ini.

Khatbe berkata, dia dan Nand Lal Sah Haluwai bernasib baik kerana berada di bahagian belakang dan dia hanya melecur di bahagian bahu sementara Nand Lal Sah pula melecur di bahagian muka serta kedua-dua belah kaki dan tangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada saluran tong gas bocor.

“Enam daripada mangsa yang melecur teruk telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI