fbpx

RM40.7 juta kerugian kes penipuan atas talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD DZAFFIR (kiri) pada Walkabout Program 'High Profile Policing' (HPP) di Jalan Bandar Tunggal, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah merekodkan sebanyak 2,277 kes penipuan atas talian melibatkan kerugian sebanyak RM40.7 juta sepanjang Januari hingga November tahun ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, terdapat enam modus operandi yang digunakan melibatkan kes penipuan atas talian termasuk belian atas talian sebanyak 711 kes, Macau scam (393), pinjaman tidak wujud (309), pelaburan tidak wujud (302), penipuan e-financial (103) dan love atau parcel scam (66).

“Belian atas talian melibatkan kerugian sebanyak RM5.4 juta, Macau scam (RM12.4 juta), pinjaman tidak wujud (RM2.3 juta), pelaburan tidak wujud (RM8.4 juta), penipuan e-financial (RM5.9 juta) dan love atau parcel scam (RM1.5 juta).

“Selain itu, terdapat tiga modus operandi baharu dikesan iaitu 379 kes tipu tawaran kerja melibatkan kerugian RM5.17 juta, 20 kes tipu tekan link kerugian RM377,344 dan tiga kes tipu untuk mendapatkan bantuan kerugian RM376,000,” katanya pada Walkabout Program ‘High Profile Policing’ (HPP) di Jalan Bandar Tunggal di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, daripada keselurihan kes tersebut seramai 1,152 suspek ditahan manakala 605 individu telah dituduh di mahkamah.

Dalam pada itu, menerusi tujuh Ops Tapis yang dijalankan tahun ini, seramai 1,260 individu telah ditahan dengan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM83,596.

“Sebanyak 56 sarang dadah telah digempur sepanjang Ops Tapis dan jumlah kes sitaan yang dibuka 62 kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (pelucutan hak),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI