fbpx

Liverpool sambar bintang Piala Dunia Qatar 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAKPO yang menjaringkan tiga gol pada Piala Dunia Qatar 2022 bakal berhijrah ke Liverpool pada jendela perpindahan Januari ini. – AFP

AMSTERDAM – Liverpool dilaporkan bersetuju menandatangani penyerang sensasi The O­ranje dari kelab PSV Eindhoven, Cody Gakpo, 23, selepas menampilkan aksi cemerlang pada Piala Dunia Qatar 2022, sekali gus menjadi rekod perpindahan termahal buat kelab Belanda itu.

Gakpo yang menjaringkan tiga gol pada Piala Dunia di Qatar sebelum ini akan menyertai Virgil van Dijk bersama The Reds dan perpindahan ini dilaporkan mencecah £44 juta (RM235 juta)

Bagaimanapun, pengurusan tertinggi PSV Eindhoven dan Liver­pool enggan membuat pengesahan rasmi berhubung nilai perpindahan sebenar.

“Kedua-dua kelab tidak akan membuat pengumuman tentang nilai perpindahan. Tetapi nilai­nya akan memecahkan rekod perpindahan PSV,” kata Pengurus Besar PSV, Marcel Brands.

Sebelum ini, perpindahan, Hirving Lozani ke Napoli pada 2019 menjadi perpindahan termahal PSV Eindhoven, membabitkan €42 juta (RM197 juta).

Sebelum ini, Gakpo sering dikaitkan dengan Manchester United, namun pengesahan kali ini beri kemenangan kedua buat Liverpool ke atas Red Devils.

Keputusan Liverpool untuk mendapatkan pemain baharu pastinya menjurus kepada usaha menampung ketiadaan Luis Diaz yang kini terus dihimpit masalah kecederaan apabila bintang Colombia itu dipalit kecederaan lutut semasa latihan di Dubai.

“PSV dan Liverpool sudah mencapai kata sepakat mengenai perpindahan Cody Gakpo. Penyerang 23 tahun itu akan ke England dalam masa terdekat dan akan bergantung kepada keperluan formal sebelum perhij­rahan ini dimuktamadkan,” kata Brands. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI