fbpx

[VIDEO] [KEMASKINI] Satu superbike terbakar, lima cedera di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba memadamkan kebakaran sebuah motosikal dalam kemalangan di kilometer 26.4, Lebuh Raya Karak - Kampung Sungai Chin Chin, Gombak, tengah hari tadi. -IHSAN BOMBA SELANGOR

GOMBAK- Lima cedera dan seorang mengalami lecur akibat kemalangan melibatkan lima motosikal berkuasa besar di kilometer 26.4, Lebuh Raya Karak – Kampung Sungai Chin Chin, di sini, tengah hari tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 12.41 tengah hari sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

Sebanyak enam anggota lain-lain pangkat berserta sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kebakaran dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bagi melakukan kerja-kerja pemadaman.

“Laporan awal mendapati kebakaran melibatkan sebuah motosikal jenis Honda yang terbakar sepenuhnya akibat kemalangan melibatkan lima buah motosikal yang lain.

“Ekoran itu, direkodkan lima orang mangsa dalam kejadian tersebut dan seorang sahaja mengalami lecur akibat kebakaran motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, kesemua mangsa dibawa ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihaknya tiba di lokasi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI