fbpx

RTM siar Piala AFF 2022 bermula malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan skuad kebangsaan beraksi pada Piala AFF 2022 tercapai selepas RTM bersetuju menyiarkan perlawanan bola sepak itu bermula malam ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa ramai peminat bola sepak tanah air telah memohon agar perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric disiar di saluran RTM.

“Saya juga telah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang turut mencadangkan perkara yang sama.

“Oleh itu, sukacita saya maklumkan bahawa saluran RTM akan menyiarkan perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric mulai 27 Disember 2022 (malam ini) sehingga perlawanan akhir yang dijadualkan pada 16 Januari 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, susulan pengumuman ini, peminat bola sepak boleh menyaksikan sebanyak 10 perlawanan kejohanan itu sehingga 16 Januari depan.

“Peminat bola sepak boleh menyaksikan sebanyak 10 perlawanan Kejohanan yang akan disiarkan di saluran TV2 dan Sukan RTM serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik,” katanya.

Tambah Fahmi, malam ini, skuad bola sepak negara bakal menentang Vietnam dan perlawanan itu akan disiarkan menerusi saluran TV2 dan Sukan RTM serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik bermula 8.45 malam.

Katanya, siaran oleh RTM ini merupakan siaran tidak berbayar dan tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusif, iaitu stesen penyiar FTA hanya dibenarkan menyiarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI