fbpx

Ambil alih Menara KL, kementerian sedia beri kerjasama – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara KL. Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya ada sebarang siasatan dilakukan berhubung isu pengambil alihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) yang kini hangat diperkatakan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, beliau memandang serius isu berkenaan dan memaklumkan telah diberikan taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada KKD pada 14 Disember lalu.

“Saya memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial serta soalan-soalan yang ditanya media berhubung pengambilalihan pengurusan Menara KL melalui pegangan saham penuh daripada pihak Telekom Malaysia melalui anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. kepada syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd.

“Saya telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada KKD dan akan menerima satu lagi taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada pihak Telekom Malaysia pada 3 Januari depan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Fahmi, beliau difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember ini oleh Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

“KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu ini,” tegas beliau.

Terdahulu, tular di beberapa blog tempatan tentang dakwaan terdapatnya skandal berhubung penjualan hak mengurus Menara KL secara senyap-senyap oleh Telekom Malaysia kepada syarikat misteri yang dikatakan bermasalah iaitu Hydroshoppe Sdn. Bhd.

Menurut pendedahan tersebut, konsesi Menara KL dengan Telekom Malaysia telah tamat sebelum Pilihan Raya ke-15 lalu dan perlu dipulangkan semua kepada kerajaan namun tawaran telah dibuka kepada beberapa pihak lain bagi menguruskan menara tersebut.

Katanya, aset milik kerajaan itu sepatutnya perlu dipulangkan kepada kerajaan atau Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di bawah Tan Sri Annuar Musa ketika itu.

Soal pendedahan itu, selepas konsesi Telekom Malaysia tamat, Menara KL sepatutnya dipulangkan kepada kerajaan jadi bagaimanakah konsesi berkenaan disambung semula dan mendakwa Telekom Malaysia telah memindahkan saham 10 juta Menara KL Sdn. Bhd kepada syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI