fbpx

KJ sertai UMNO Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan beliau kini sudah menjadi ahli UMNO bahagian Sungai Buloh iaitu kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Khairy yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu memaklumkan mengenai perkara itu dalam satu majlis di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Saujana Utama, Sungai Buloh baru-baru ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan itu berkata, keputusan berpindah itu diambil kerana mahu menyelesaikan urusan yang tertangguh dan menjadikan kawasan itu sebagai kubu buat Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak suka tinggalkan begitu sahaja dan saya rasa tidak adil kepada tuan-tuan dan puan-puan, saya datang ke sini sebagai calon bidan terjun berprofil tinggi, bila tidak menang lepas itu terus cabut cari tempat lain,” katanya.

Katanya, keputusan untuk berhijrah di bahagian tersebut telah dibincangkan terlebih dahulu dahulu dengan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan pemimpin bahagian lain termasuk Datuk Harison Hassan.

“Soal pemilihan nanti kita bincang adik-beradik macam mana nak buat. Yang penting seperti mana saya sebut tadi, saya datang bukan hanya nak bertanding dan kalah terus hilangkan diri. Tidak, saya kekal di sini sehinggalah kita menang Parlimen Sungai Buloh,” jelasnya.

Pada PRU lalu, Khairy yang memperoleh 48,250 undi tewas dengan perbezaan majoriti tipis hanya 2,693 undi di tangan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan yang meraih 50,943 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI