fbpx

Lima wilayah, 472 kawasan terjejas bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pukul 7 pagi tadi.

Gangguan itu ekoran henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi selepas insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan daerah Sepang akan melibatkan sebanyak 196 kawasan terjejas.

“Daerah lain yang turut terjejas bekalan adalah Petaling iaitu sebanyak 172 kawasan diikuti Hulu Langat (54).

“Selain itu, daerah Putrajaya dan Kuala Langat pula masing-masing melibatkan 23 serta 27 kawasan terjejas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan lanjut mengenai insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium terutama media massa.

Para pengguna boleh merujuk di saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan turut boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Para pengguna di kawasan terjejas dinasihatkan menyimpan air secukupnya sehingga bekalan  air dapat disalurkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI