fbpx

Daiyan Trisha nyanyi atas awan pun sedap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Daiyan Trisha semasa melakukan aktiviti paragliding.

DAIYAN Trisha menuai perhatian ramai apabila berkongsi momen indah ‘terbang’ di atas awan ketika bercuti di Switzerland baru-baru ini.

Lebih membuatkan ramai teruja ialah dia turut merakam detik indah sepanjang aktiviti paragliding dan turut menyanyikan lagu I Believe I Can Fly dendangan asal R. Kelly.

Teruja dengan perkara tersebut, rata-rata netizen menyifatkan Daiyan seperti mengadakan konsert di atas awan dan mendendangkan lagu untuk burung-burung yang berterbangan.

“Ini sudah seperti konsert di atas awan, cemburunya!” kata netizen.

“Daiyan buat persembahan terapung,” kata seorang peminat.

Video yang dikongsi Daiyan meraih lebih 500 ribu tontonan dan 75,000 tanda suka dalam TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI