fbpx

3 perompak diberkas pecah rumah kerabat diraja Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang dirampas polis berhubung kejadian pecah masuk kediaman seorang kerabat diraja Johor.

JOHOR BAHRU – Tiga individu termasuk dua remaja ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian mencuri dan pecah masuk kediaman milik kerabat diraja Johor, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 10 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, ketiga-tiga suspek yang berusia 16, 19 dan 47 tahun kemudian ditahan pada pukul 11.40 pagi di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, dua lagi individu yang terlibat dengan jenayah berkenaan sempat melarikan diri dan polis sedang berusaha mengesan mereka.

“Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas dua kereta, satu unit mesin gergaji, empat helai sarung tangan, tiga telefon, satu kunci kereta dan wang tunai berjumlah RM150,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Antara barangan yang dirampas dalam kes pecah masuk kediaman seorang kerabat diraja Johor, di Johor Bahru, kelmarin.

Tambah Raub, hasil semakan dan saringan air kencing terhadap ketiga-tiga individu mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah selain negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan dan denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI