fbpx

130 anggota PGA, FRU bantu operasi pasca banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (kiri) memeriksa barangan bantuan makanan yang disumbangkan pihak Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd. dan ATP Foods Malaysia untuk mangsa banjir di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Polis Kelantan menempatkan seramai 130 anggota dari dua platun Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi membantu operasi pasca banjir di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mesyuarat pelan pengurusan krisis dan bencana negeri yang berlangsung semalam telah membincangkan mengenai penempatan pasukan tersebut di lokasi terjejas banjir.

Katanya, antara lokasi dikenal pasti bagi untuk diletakkan anggota kedua-dua platun itu adalah di Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh, Rantau Panjang, Tumpat dan beberapa kawasan masih terjejas banjir.

“Skop tugasan banjir setakat ini lebih tertumpu bagi bantuan pacsa banjir dan baik pulih kawasan terjejas. Bah kali ini berlaku di lokasi yang tidak dijangka dan bantuan daripada pasukan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban mangsa banjir.

“Cuaca di Kelantan juga bertambah baik setakat ini. Diharap keadaan ketika ini dapat memudahkan bantuan disalurkan kepada mangsa yang terkesan dalam bencana kali ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Terdahulu, Muhamad Zaki yang mewakili IPK Kelantan menerima sumbangan kotak makanan yang disampaikan oleh pihak Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd. dan ATP Foods Malaysia untuk diedarkan kepada mangsa banjir.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menasihatkan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya berdaftar dengan Pusat Bencana Negeri bagi memudahkan urusan penyelarasan agihan bantuan makanan dan tenaga untuk baik-pulih rumah atau infrastruktur terjejas di kawasan mangsa banjir.

“Perkara ini perlu diselaraskan bagi mengelakkan berlakunya pertindihan bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir.

“Sekiranya NGO berdaftar dengan Pusat Bencana Negeri, kita boleh mengagihkan kemahiran dan bidang mereka kepada kerja-kerja tertentu untuk membantu mangsa banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI