fbpx

Wanita misteri tanpa seurat benang rai Argentina menang Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita berbogel bagi meraikan kemenangan Argentina menang Piala Dunia di Buenos Aires baru-baru ini. - Notife

BUENOS AIRES – Seorang wanita berambut coklat misteri berbogel untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Argentina memenangi Piala Dunia di Qatar baru-baru ini, lapor portal berita The Sun.

Wanita itu bersorak dekat monumen Obelisk di bandar raya tersebut, 12 tahun selepas legenda bola sepak, Diego Maradona berjanji untuk menanggalkan pakaiannya di tempat sama jika negaranya berjaya menang piala tersebut di Afrika Selatan pada tahun 2010.

Dia berarak dalam keadaan bogel di hadapan keluarga dengan anak-anak kecil dan meneruskan persembahan tarian seksinya dengan hanya memakai sepasang cermin mata hitam.

Wanita itu bertindak demikian ketika ramai penyokong Argentina berpesta dalam keadaan gembira di sekelilingnya. Mereka kelihatan lebih berminat untuk melaungkan serta mengibarkan bendera Argentina daripada menonton persembahan mencolok mata itu.

Pertunjukan bogel terbaharu itu berlaku selepas dua warga Argentina menjadi tajuk utama di media seluruh dunia kerana mendedahkan payu dara di tempat duduk penonton di Stadium Lusail, Qatar pada Ahad lalu.

Dua model tersebut kemudian dikenal pasti sebagai Milu dan Noe.

Argentina menjadi juara bola sepak Piala Dunia apabila menang sepakan penalti 4-2 selepas seri 3-3 pada masa tambahan di Qatar pada Ahad lalu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI