fbpx

Saya tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PETALING JAYA – “Saya tetap UMNO, dulu kini dan selamanya. Saya takkan ke mana-mana,” tegas Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong menegaskan, cakap-cakap orang di luar berkenaan dirinya hanyalah usaha untuk memburukkan dan menidakkan beliau.

“Perjalanan saya dalam politik dari awal lagi di peringkat Cawangan Sungai Mati Bahagian Ledang, tidak pernah mudah. Sukar, memang sukar. Jalan ke depan ini tidak senang.

“Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) , BN kalah teruk hanyalah dapat 30 kerusi sahaja. Satu keputusan yang patut menginsafkan dan menyedarkan kita semua khususnya warga UMNO dan BN.

“Sesungguhnya kita perlu lakukan penambahbaikan dan apa jua pembetulan yang diperlukan untuk parti kesayangan kita ini,” katanya pada video dimuat naik menerusi media sosial.

Beliau berkata, banyak sangat kerja yang perlu dilakukan untuk memulihkan semula keyakinan rakyat kepada parti tersebut.

“Kita tidak boleh salah langkah lagi, memandangkan sekarang ada sedikit lebihan masa, tidaklah sesibuk sebelum ini. Insya-Allah masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin demi kelangsungan dan masa depan parti.

“Buat ahli parti akar umbi, nasihat saya bulatkan tekad. Rapatkan barisan dan sama-sama lihat ke hadapan demi masa depan dan kelangsungan perjuangan kerana akhirnya sedar dan insaflah, kita semua orang perjuangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI