fbpx

Konsert ambang tahun baharu 2023 Travie McCoy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUNJUNGAN pertama kali Travie McCoy ke negara ini menghangatkan sambutan ambang tahun baharu 2023 di Zepp KL pada 31 Disember.

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap antarabangsa, Travie McCoy bakal menggegarkan negara apabila buat pertama kali tampil dengan konsert jelajah di Malaysia pada 31 Disember ini.

Konsert jelajah solo penyanyi rap yang berusia 41 tahun dengan judul Travie McCoy New Year Countdown Feat Alexis Kings 2023 itu akan berlangsung pada pukul 9 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Buat penggemar genre rap, kehadirannya yang mempunyai bakat besar sebagai pemain instrumen dan meminati rock paduan muzik seperti reggae dan pop pastinya merupakan khabar gembira.

Menariknya, Ketua Pegawai Eksekutif Pushplay Production Sdn Bhd. selaku pihak penganjur tidak hanya menerbangkan Travie secara solo, malah menjemput sama Alexis Kings yang akan menghangatkan suasana sebagai bonus untuk peminat.

“Kami amat berbesar hati mengatakan projek sulung TRAVIE McCOY NEW YEAR COUNTDOWN FEAT ALEXIS KINGS 2023 sebagai hadiah tahun baharu 2023.

“Kami mmahukan 2023 menjadi sebuah tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

“Lebih membanggakan, TRAVIE McCOY NEW YEAR COUNTDOWN FEAT ALEXIS KINGS 2023 juga adalah konsert rap antarabangsa pertama yang diadakan di Zepp KL,” kata penganjur.

Tambahnya, keputusan membawa penyanyi itu ke Malaysia berdasarkan rekodnya yang bersih di samping mesej positif dalam karya lagunya.

“Dengan rekod yang baik, Travie McCoy yang memang terkenal dengan muzik santai, rap serta pesanan-pesanan positif yang ada dalam karyanya dilihat sangat bersesuaian dengan visi kami untuk menutup tahun ini dan membuka tahun 2023 dengan harapan besar yang lebih menguntungkan,” ujar penganjur.

Penyanyi itu muncul dengan album solo perdananya yang berjudul Lazarus dengan single pertama, Billionaire bersama Bruno Mars yang telah menawan hati pencinta muzik seluruh dunia.

Karier solonya kemudian bergerak stabil dan dia menghasilkan lebih banyak lagu yang antaranya mencetak rekod dalam belantika muzik dunia.

Malah, demi memastikan karyanya kekal relevan, Travie menandatangani kontrak dengan Hopeless Records dan melahirkan single pertama pada Jun tahun lalu berjudul A Spoonful of Cinnamon.

Bagi mereka yang berminat, harga tiket bermula serendah RM399 (CAT 3), RM499 (CAT 2), RM599 (CAT 1), RM499 (VIP) dan RM8,999 (VVIP BOX) boleh didapati dalam laman web www.myticket.asia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI