fbpx

Ameera Khan sorok muka, dikata ‘wanita mahal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN Ameera Khan menyorokkan muka ketika bergambar membuatkan ramai peminat meluahkan rasa rindu untuk melihat wajahnya seperti selalu.

PETALING JAYA – Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan menarik perhatian netizen ketika mengerjakan ibadah umrah bersama ibunya, Noor Kartini apabila langsung tidak menunjukkan wajahnya ketika bergambar.

Disebabkan itu, netizen memuji tindakan pesohor media sosial itu apabila menyifatkan dirinya semakin ‘mahal’ sekali gus menuai pujian daripada peminatnya.

Menerusi beberapa hantaran foto yang dimuat naik Kartini dalam Instagram miliknya, usahawan itu berkongsi gambarnya bersama Ameera ketika berada di Kota Suci Mekah.

Namun, dalam gambar tersebut, Ameera atau mesra disapa Little Miss Khan langsung tidak menunjukkan mukanya apabila menutup wajah dengan tangan atau memusingkan badannya.

Melihat banyak gambar Ameera bergambar dalam keadaan sebegitu, ada yang pelik bahkan menyamakan gaya tersebut seperti anak saudaranya, Bilal sebelum wajah bayi itu didedahkan kepada umum.

Bagaimanapun, rata-rata peminatnya berasa gembira dan seronok apabila wanita berusia 22 tahun itu telah banyak berubah berbanding sebelum ini apabila dirinya sering dikaitkan dengan perkara-perkara kontroversi.

“Moga Ameera istiqamah. Semakin tersorok seseorang wanita itu, semakin mahal dirinya,” puji seorang peminat.

“Dia nak berubah. Doakan bukan kecam,” kata seorang netizen.

“Alhamdulillah. Seronok tengok Ameera sekarang,” ujar seorang pengguna Instagram.

Pada masa sama, ramai juga dalam kalangan peminatnya meluahkan rasa rindu terhadap Ameera apabila sudah lama tidak mendedahkan dirinya.

“Kenapa Ameera tak mahu tengok kamera? Rindunya,” kata seorang peminat.

“Rindu Ameera. Rasa seronok pula tengok dia begini,” ujar seorang lagi peminatnya.

“Rindunya nak tengok muka Ameera. Semoga Ameera sihat selalu,” komen seorang netizen.

Pada Julai lalu, Ameera tiba-tiba ‘lesap’ dari radar Instagram selepas bertindak memadam semua foto dan perkongsian dalam platform tersebut.

Malah Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Khan turut memadam gambar profil dan keterangan biografi dalam Instagramnya sehingga ke hari ini.

Dia yang sesekali muncul dalam video siaran langsung Neelofa sebelum ini juga bertindak menyembunyikan wajahnya dari dirakam kamera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI