fbpx

Trauma tercekik ais sampai ‘biru’ buat Neelofa risaukan Bilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa menyediakan alat peranti anti tercekik untuk digunakan pembantu rumah bagi memantau keselamatan anak-anak kesayangannya.

PETALING JAYA – Pernah berdepan situasi getir tercekik ais sewaktu masih kecil, pengacara juga usahawan popular, Neelofa mengakui trauma kejadian tersebut masih dirasai hingga ke hari ini.

Ketika kejadian, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, 35, tidak boleh bernafas namun mujurlah situasi cemas tersebut disedari kedua ibu bapanya.

“Tak pasti umur saya waktu itu empat atau lima tahun, saya tercekik ketulan ais sampai tak boleh bernafas. Masa tu memang muka dah biru, tercungap-cungap dan nasib baik ada mak dan ayah saya di rumah nampak.

“Saya tepuk-tepuk pembantu rumah daripada belakang nak suruh tengok kita tercekik, tapi dia basuh pinggan buat tak tahu sebab dia ingat kita nak main.

“Mak nampak saya pelik, jadi dia jerit lepas tu ayah saya datang, semua datang dan terus ambil air suam masukkan (dalam mulut) untuk cairkan ais tu,” katanya menerusi temu bual bersama stesen radio tempatan.

Berkongsi pengalaman bulan puasa yang tidak dapat dilupakan, peristiwa tersebut menyebabkan pengacara MeleTOP itu diselubungi kebimbangan setiap kali anak sulungnya, Muhammad Bilal ingin menjamu selera.

Sebagai langkah berjaga-jaga, dia akan melakukan panggilan video untuk memantau Bilal, sekiranya pembantu rumah menyuapkan makanan kepada anak lelakinya itu.

“Benda itu sampai hari ini masih lagi jelas dalam memori saya.

“Bila dah ada anak kecil, Bilal, bila bab makan memang saya trauma. Kalau dia tercekik sikit saya macam dah panik gila.

“Jadi kalau saya dekat luar, orang gaji saya tengah kasi makan (Bilal), saya akan Facetime sambil tengok apa dia makan,” kongsinya panjang lebar.

Memastikan semuanya selamat, ibu kepada dua cahaya mata itu menyediakan alat peranti anti tercekik untuk digunakan pembantu rumah bagi memantau keselamatan anak kesayangannya.

“Di rumah saya ada lebih daripada satu ‘choking device’. Walaupun dia (Bilal) nak pergi main di playground pun, saya suruh pembantu bawa benda itu.

“Macam saya pun, ke mana saya pergi, saya akan bawa dalam beg saya,” tuturnya lagi.

Selain Bilal, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu mempunyai seorang lagi anak lelaki, Abdullah Abbas yang lahir pada 11 Julai tahun lalu.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI