fbpx

Suasana hiba selubungi ketibaan tiga mangsa tragedi Batang Kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto empat sekeluarga yang maut dalam tragedi di tapak perkhemahan di Batang Kali, Hulu Selangor.

ALOR GAJAH – Suasana hiba menyelubungi ketibaan mayat tiga daripada empat ahli keluarga yang maut dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor.

Mayat Chee Sam, 33, dan isterinya, Lai See Ting, 33, serta anak lelaki mereka, Jonas Lai Ze Kai, 2, yang dibawa menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard tiba kira-kira pukul 3.45 petang di Taman Machap Indah, Machap Baru dekat sini.

Seorang lagi anak mangsa, Giselle Lai Yu Xi, 6, telah dibakar di tanah perkuburan Cina Kesang, Jasin, petang semalam dan abunya turut dibawa bersama.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa terbabit enggan ditemui pemberita yang berkumpul di luar kawasan rumah sejak pukul 2 petang.

Ketua Kampung Machap Baru, Michael Thai berkata, tiga mayat yang tiba hari ini akan dibakar di tanah perkuburan Kesang, Jasin pada 27 Disember ini.

“Seluruh ahli keluarga mangsa sangat bersedih dengan peristiwa yang menimpa anak, menantu serta dua cucu mereka.

“Ahli keluarga mangsa masih tidak dapat menerima hakikat mereka kehilangan empat ahli keluarga serentak,” ujarnya ketika ditemui di sini, hari ini.

Turut hadir menziarah keluarga mangsa ialah Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Dalam kejadian tersebut, Chee Sam dijumpai pada 18 Disember lalu, sementara isteri dan anak lelakinya berumur ditemui keesokan hari.

Anak perempuan pasangan itu ditemui pada malam semalam.

Empat sekeluarga itu adalah antara 30 mangsa yang maut dalam bencana tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi, Jumaat lalu manakala 61 terselamat dan tiga daripada 94 mangsa terlibat masih hilang setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI