fbpx

Ruangan solat imam tak kotor walau banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @yahibrahimkhan memaparkan ruangan solat imam yang tidak kotor walau dilanda banjir.

PETALING JAYA – Lelaki terkejut apabila mendapati ruangan solat untuk imam tidak kotor walau sedikit pun sewaktu membersihkan sebuah surau di Padang Kubu, Terengganu yang dilanda banjir pada 18 Disember lepas.

Perkongsian gambar yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @yahibrahimkhan memaparkan ruangan solat imam yang tidak terjejas walaupun kawasan tersebut dikatakan sepenuhnya dimasuki air dan berselut.

“Allahurabbi, hebat sungguh caturanNya. Tidak sedikit pun ruangan solat imam terkena selut,” katanya yang turut bersama-sama membersihkan kawasan surau tersebut.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bertindak mengongsikan pengalaman mereka berdepan situasi sama.

“Ya. Benar sekali. Sewaktu banjir lepas, Al-Quran yang terdapat di rumah juga berkeadaan baik walaupun almari yang berat itu terjatuh,” komen seorang netizen, Nurshafika.

“Perkara ini banyak berlaku sewaktu banjir pada tahun 2014 di Kelantan dulu. Di kampung saya terdapat dua buah rumah yang bilik solatnya tidak basah langsung sedangkan rumah dan bumbung tenggelam tidak kelihatan,” tulis Khairul pula.

“Sama seperti yang berlaku di rumah ibu dan ayah saya. Hanya bilik surau dan laptop mengaji  yang terletak di tingkat atas saja yang tidak dimasuki air. Selebihnya dimasuki air sehingga paras lutut,” komen pengguna lain, Norein.

Hantaran tular tersebut telah meraih sebanyak 267,800 tanda suka dan 3,300,000 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI