fbpx

Perkahwinan Puteri Sarah dapat restu penuh keluarga – Ibu Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU Syamsul Yusof, Fatimah Ismail menegaskan bahawa perkahwinan anak dan menantu kesayangannya itu mendapat restu penuh keluarga.

PETALING JAYA – Tidak berdiam diri menyaksikan kemelut berpanjangan rumah tangga anak menantunya, ibu kepada pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail menekankan bahawa perkahwinan anak dengan menantu kesayangan, Puteri Sarah Liyana itu mendapat restu keluarga sepenuhnya selama ini.

Fatimah terpanggil menzahirkan perkara tersebut menerusi satu muat naik status beserta foto perkahwinan Syamsul dan Sarah.

“Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuhnya.

“Syamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hatinya. Mereke dikurniakan sepasang cahaya mata,” coret Fatimah.

Sementara itu, menerusi satu entri dalam Instastory, Fatimah menegaskan bahawa restu ibu bapa penting dalam sesebuah perkahwinan.

“Restu ibu bapa itu penting untuk doa yang berterusan,” tulisnya seraya berkongsi foto lama pernikahan anaknya dalam platform media sosial terbabit.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kemelut rumah tangga Syamsul, 38, dan Sarah, 37, memasuki episod baharu apabila ada peminat yang terang-terangan menyatakan sutradara tersohor itu sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

Ira dikatakan menjadi orang ketiga dalam konflik rumah tangga Sarah dan Syamsul yang difahamkan sudah sekian lama tidak tinggal sebumbung.

Pada Jun lalu, Puteri Sarah turut memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap anak kepada pelakon, Kazar Saisi itu.

Berdasarkan kenyataan Sarah, Ira bakal diheret ke muka pengadilan Sarah menjelang Ogos tahun depan.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI