fbpx

Kuasa kawal selia bekalan gas dipindahkan kepada Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan membuat keputusan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan negeri Sabah seperti yang diberikan kepada Sarawak sebelum ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tarikh pelaksanaan kawal selia oleh kerajaan negeri Sabah itu akan ditentukan selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kita pindahkan kuasa kawal selia bekalan gas yang dahulunya di peringkat Petronas Persekutuan kepada Sabah dan ini juga berlaku untuk Sarawak.

“Kuasa peletakan harga dan perjanjian baharu dahulunya diputuskan di pusat, tetapi dengan pemindahan ini, ia menetapkan kuasa kepada Sabah,” katanya di Perdana Putra di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI