fbpx

Tiga bekas askar berpaut enam jam pada pokok leban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU TERENGGANU – Tiga bekas tentera terpaksa berpaut pada dua batang pokok leban kira-kira enam jam selepas terkandas banjir sejak kelmarin di Paya Dadeh berhampiran Kampung Bukit Tokbat, di sini.

Mangsa iaitu Abd. Latif Jamaludin, 54, Wan Azmi Wan Ibrahim, 50, dan Rusli Muhammad, 42, diselamatkan rakan mereka pada pukul 10 pagi semalam.

Abd. Latif berkata, sebelum kejadian, mereka sedang bertani di lokasi itu yang merupakan tapak projek Tanaman Sayur Koperasi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Hulu Terengganu.

“Kami tiba pada pukul 8 pagi (kelmarin) sebelum hujan lebat dan paras air naik mendadak tidak sampai dua jam kemudian.

“Kawasan pertanian kami tiba-tiba berubah menjadi se­olah-olah lautan dengan banjir se­tinggi satu meter,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Katanya, mereka bertiga yang terperangkap pada mulanya berlindung di sebuah pondok yang terdapat di kawasan terbabit.

Ujarnya, harapan agar banjir surut tidak kesampaian apabila air naik sehingga dua meter menjelang lewat petang.

“Kami terpaksa memanjat dua batang pokok leban untuk selamatkan diri pada tengah malam sehingga subuh (semalam). Sepanjang terperangkap kami hanya alas perut dengan biskut dan mi segera,” katanya.

Katanya, mujur telefon bimbit Wan Azmi masih berfungsi bagi membolehkan mereka meminta bantuan seorang rakan, Mohd. Fauzi Sufian, 51.

“Kami diselamatkan Mohd. Fauzi yang berjaya memasuki kawasan bencana dengan menaiki sebuah bot gentian kaca pukul 10 pagi tadi (semalam).

“Sebaik tiba di jalan besar yang terletak kira-kira lima kilometer, kami mengharung pula banjir sedalam kira-kira semeter,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI