fbpx

Terkejut dengar bunyi dentuman tanah mendap bawah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM membantu mengalihkan kereta Ida yang tersangkut akibat mendapan tanah di hadapan rumahnya di Lorong Kubur Maras, Kota Bharu hari ini. -Foto IHSAN APM

KOTA BHARU – Seorang wanita terkejut dan panik apabila terdengar bunyi dentuman akibat mendapan tanah yang berlaku di dalam kawasan garaj tempat letak kereta di rumahnya di Lorong Kubur Maras di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali Ida, 31, berkata, kejadian berlaku pukul 7 pagi ketika dia hendak menghantar anaknya berusia tujuh tahun untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Menurutnya, ketika itu, dia memandu kereta jenis Proton Saga untuk keluar dari garaj sebelum terdengar bunyi dentuman kuat sehingga dia tidak dapat menggerakkan kereta.

“Terkejut dengan situasi itu, saya terus turun dan melihat ada lubang besar di bawah kereta.

“Mendapan ini mungkin berlaku ekoran aliran air deras dari tali air yang terletak 50 meter dari rumah apabila hujan lebat baru-baru ini yang turut mengakibatkan air masuk ke bahagian dapur rumah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya hari ini.

Menurut Ida, dia gagal untuk menggerakkan kereta sebelum menghubungi talian Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mengalihkan kereta tersebut.

Sementara itu, Bilik Gerakan APM Kota Bharu ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI