fbpx

Pasport palsu Aishwarya Rai punca kantoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHWARYA RAI

POLIS Uttar Pradesh berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan membabitkan jutaan ringgit gara-gara seorang lelaki bersama pasport palsu seorang bintang Bollywood, Aishwarya Rai.

Ketika soal siasat, seorang daripada tiga suspek mengakui terbabit dalam beberapa kes memperdayakan individu dan syarikat gergasi.

Kumpulan berkenaan juga dipercayai telah memperdayakan sebuah syarikat farmaseutikal yang mengakibatkan kerugian dalam jumlah besar.

Difahamkan mereka menggunakan laman web perkenalan dan mencari jodoh sebagai kaedah mendekati sasaran.

Begitupun, polis masih menyiasat kaitan pasport palsu menggunakan gambar selebriti dikenali ramai dengan sindiket tersebut.

Pihak penyiasat juga percaya banyak lagi pasport palsu yang tertera gambar artis bakal ditemui mereka dalam tempoh terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI