fbpx

‘Hoi Hoi Ya Hoi’ kepada pembangkang – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Rakyat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tumpuan utama beliau ketika ini adalah untuk memperbetulkan kepincangan dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Menurutnya, beliau yang telah pun memperoleh keabsahan sebagai Perdana Menteri dan kini mahu mengelakkan penyalagunaan kuasa serta rasuah berlaku di negara ini.

“Kita ada perbezaan jalur politik, tetapi sudah dilakukan keabsahan jadi kita “move on”. Saya tidak berhajat untuk bangkitkan lagi isu ini.

“Elakkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dan supaya “Hoi Hoi Ya Hoi” (lirik lagi Aduh Malaysia) itu bukan hanya libatkan orang di sini (kerajaan, tetapi juga di sana (pembangkang) kerana disana juga pernah jadi menteri dan perdana menteri dan pernah luluskan kontrak.

“Permintaan saya kepada agensi penguatkuasaan, saudara anda sedang berurusan dengan perdana menteri baharu dan saya maksudkan apa saya katakan. Saya nak bersihkan negara ini daripada rasuah dan salah guna kuasa,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI