fbpx

Anwar dedah tidak minta pengampunan diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak memohon pengampunan diraja pada tahun 2018.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menegaskan, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V yang telah menghubungi beliau.

“Soal pengampunan itu penting. Yang mengambil inisiatif adalah Yang di-Pertuan Agong ketika itu yang menelefon saya semasa saya di rehab centre.

“Saya nak jelaskan saya sebutkan ini fakta. (Yang di-Pertuan Agong) menelefon saya menyatakan Anwar saya akan berikan pengampunan penuh kerana saya ikuti perkembangan perbicaraan saudara.

“Saya petik frasa digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu iaitu pelanggaran prinsip keadilan. Oleh demikian saya (Yang di-Pertuan Agong) akan memberi pengampunan penuh sesegera mungkin,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI