fbpx

TNB nafi seluruh Terengganu bergelap malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan tular kononnya seluruh Terengganu akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada masa terdekat ekoran situasi banjir yang semakin buruk.

Pengurus Besar TNB Terengganu, Mohamad Mohyddin Mohd. Noor menegaskan pihaknya tidak pernah mempunyai perancangan demikian.

“Setakat ini, TNB hanya memotong bekalan elektrik di kawasan yang teruk terjejas sahaja demi menjaga keselamatan penduduk di kawasan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular mesej menerusi aplikasi WhatsApp kononnya bekalan elektrik akan diputuskan di seluruh Terengganu ekoran lebih 500 pencawang elektrik di negeri itu telah ditenggelami banjir.

Mohamad Mohyddin berkata, gangguan bekalan elektrik itu hanya melibatkan sebahagian lima daerah ekoran penutupan 236 pencawang elektrik.

Jelas beliau, pencawang elektrik terlibat ialah 95 di Kuala Berang, Hulu Terengganu; Besut (70); Kemaman (49); Bandar Al Mutafi Billah Shah, Dungun (15) dan Setiu (tujuh).

“Sebahagian kawasan terjejas itu telah pulih secara berperingkat. Usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat di kawasan lain,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Mohyddin menyeru masyarakat agar lebih berhati-hati dengan menjauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir pada musim tengkujuh ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI