fbpx

Banjir: Bomba selamatkan 7 lelaki terperangkap dalam kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan tujuh lelaki yang terperangkap dalam banjir kilat selepas kenderaan mereka tersangkut di jalan Gemencheh Taman Regent-Batang Melaka, Tampin malam tadi. - IHSAN BOMBA

TAMPIN – Pasukan bomba berjaya menyelamatkan tujuh lelaki yang terperangkap dalam banjir kilat selepas kenderaan mereka tersangkut di jalan Gemencheh-Taman Regent-Batang Melaka, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Penolong Penguasa Bomba Norfaizal Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berlakunya banjir kilat di kawasan tersebut pada pukul 9.18 malam.

Menurutnya, sebaik tiba difahamkan terdapat sebuah lori satu tan dan dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux telah tersangkut di dalam banjir kilat tersebut.

“Kita telah menggunakan tali dan peranti pengapungan peribadi (PFD) bagi menyelamatkan kesemua mangsa iaitu dua warganegara dan lima lagi warga Bangladesh untuk ditempatkan ke lokasi lebih selamat.

“Dalam kejadian banjir kilat tersebut, 15 buah kedai di Taman Regent juga terjejas banjir apabila air melimpah masuk ke dalam premis berkenaan,” katanya hari ini.

Ujar Norfaizal lagi, tiada mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan banjir kilat juga telah surut pada pukul 10.05 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI