fbpx

18 sungai di Pantai Timur lepasi tahap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – 18 sungai melibatkan perkampungan di negeri Pantai Timur dilaporkan berada pada paras bahaya berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Menurut laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pagi ini melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Di Pahang melibatkan Sungai Keratong pada paras 11.75 meter (m) manakala di Kelantan di Jambatan Merok pada paras 10.02 m, Sungai Lebir (38.65 m), Rantau Panjang (10.63 m), Kampung Jenob (24.63 m), Kampung Jambu (2.97 m) dan Sungai Golok (24.49 m).

“Turut berada pada tahap bahaya di Terengganu melibatkan Sungai Besut di jambatan Jerteh merekodkan paras bahaya pada 10.12 m, Sungai Besut di Kampung La (26.81 m), Sungai Dungun (13.19 m), Sungai Berang (26.84 m) dan Sungai Kemaman (15.02 m).

“Di Terengganu juga melibatkan Sungai tebak dengan bacaan 20.39 m, Sungai Tumpat (2.9 m), Sungai Marang (3.53m), Sungai Chalok (10.08 m), Sungai Nerus (14.75 m), dan Sungai Setiu (10.08 m),” katanya.

Namun bagi beberapa sungai di negeri seperti Kedah, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Perlis ketika ini berada pada tahap amaran dan berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI