fbpx

Banjir: Empat buah kampung di Machang terputus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di Labok, Machang terkandas selepas Jambatan Kampung Binjai-Kemahang ditenggelami air setinggi 0.3 meter, hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

MACHANG – Kira-kira 1,000 penduduk di empat buah kampung di Labok di sini, terputus hubungan selepas jambatan ke kampung berkenaan ditenggelami air sejak awal pagi tadi.

Seorang penduduk, Zulkifli Md Noor,61, berkata, kampung yang terjejas adalah Kampung Binjai, Kampung Pangkal Jetas, Kampung Baru dan Kampung Bukit Kecil.

Menurutnya, Jambatan Kampung Binjai – Kemahang telah ditenggelami air setinggi 0.3 meter menyebabkan laluan berkenaan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Laluan ini mula dinaiki air sejak pukul 4 pagi tadi ekoran hujan lebat sejak semalam. Keadaan itu sekali gus menyebabkan air sungai melimpah.

“Jambatan tersebut tenggelam akibat banjir sebanyak dua kali dalam tempoh dua minggu,” katanya ketika ditemui Kosmo!, hari ini.

Sementara itu, menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my setakat pukul 1.50 petang tadi, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Machang setakat ini iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Hamzah (1) yang menempatkan 39 mangsa daripada 13 buah keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI