fbpx

Pahang tutup semua tapak perkhemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan di lokasi berisiko di negeri ini ditutup bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kesemua tapak perkhemahan itu di tutup bermula semalam sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan operasi menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan sama-sama kita doakan agar dipermudahkan segala urusan pasukan penyelamat, Aamiinn.

“Dalam masa sama dengan mengambil iktibar daripada kejadian tanah runtuh ini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menutup semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi,”katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy penutupan tapak perkhemahan itu melibatkan tapak perkhemahan yang diuruskan pihak JPNP dan juga pihak swasta di seluruh negeri.

Semalam negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Jalan Genting-Batang Kali melibatkan 94 mangsa yang sedang melakukan aktiviti perkhemahan sempena cuti sekolah.

Kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu sehingga kini telah meragut 21 nyawa manakala 12 lagi mangsa masih belum ditemui. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI