fbpx

Impak Wednesday, Bloody Mary jadi siulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU Bloody Mary yang terkandung dalam album Born This Way kembali diagung-agungkan peminat impak penangan siri Wednesday.

PENANGAN lakonan Jenna Ortega yang memainkan peranan sebagai Wednesday Addams dalam siri terbaharu tayangan Netflix berjudul Wednesday, lagu lama dendangan Lady Gaga berjudul Bloody Mary turut meraih dampak luar biasa.

Apa yang menghairankan, lagu yang dimuatkan dalam album Born This Way tersebut sebenarnya tidak dijadikan runut bunyi siri popular itu, namun kini mendaki carta popular dunia.

Semuanya disebabkan penangan pengguna TikTok yang menjadikan Bloody Mary sebagai muzik latar muat naik video mereka dalam platform popular tersebut.

Secara peribadi, Bloody Mary merupakan antara antem kegemaran penulis yang dipetik dari diskografi sensasi tersebut.

Bernuansa Electropop dengan suntikan elemen seperti gothic dan spooky, satu ‘pembaziran’ apabila syarikat rakaman Gaga ketika itu iaitu Interscope tidak menjadikan karya tersebut sebagai single lebih 10 tahun lalu.

Nilai produksi muzik

Terima kasih kepada Wednesday (dan sudah tentu buat pengguna TikTok).Barangkali kalau kerana ‘ditolak’ maju oleh dua entiti dan elemen tersebut, Bloody Mary tidak akan mendapat keadilan selayaknya seperti hari ini.

Berbalik tentang kualiti Bloody Mary, lagu tersebut memiliki kualiti produksi yang sangat mengagumkan.

LAGU Bloody Mary yang digunakan sebagai latar muzik video dalam TikToK bagaimanapun menimbulkan isu dalam kalangan pengguna Muslim kerana mengandungi lirik tentang Jesus.

Melodi yang dihasilkan mengalir sempurna termasuklah pada bahagian ‘permainan’ koir dan chant (nyanyian berulang-ulang) menyebut nama Gaga pada klimaks lagu.

Penulis berusia 19 tahun ketika Bloody Mary diterbitkan dan pertama kali mendengar, memang sudah ‘hooked’ disebabkan muziknya yang lain daripada lain.

Pemuja, ‘blasphemy’

Segelintir orang mungkin berpendapat waktu itu, Gaga seorang pemuja syaitan atau bersifat kufur kepada Tuhan (blasphemy).

Puncanya disebabkan lagu-lagu nyanyian wanita itu yang seperti menongkah arus, namun kini semuanya sudah berubah.

Atas alasan itu, tidak keterlaluan apabila lagu lama kembali ‘bangkit’ menandakan bahawa karya tersebut dicipta merentasi masa. Waktu awal penerbitan dahulu kurang mendapat sambutan, sekarang dicanang-canang dan menjadi siulan ramai.

LANGSUNG tiada sangkut paut tetapi siri Netflix, Wednesday menjadikan Bloody Mary kembali menjadi siulan ramai terutama dalam TikTok.

Ini bukan pertama kali lagu lama meraih fasa ‘kelahiran semula’. Masih ingat penangan Stranger Things musim keempat terhadap lagu Running Up That Hill dendangan Kate Bush? Itu yang sedang berlaku terhadap Bloody Mary dendangan Gaga.

Cuma Bloody Mary tidak ada kena-mengena langsung dengan Wednesday sedangkan Running Up That Hill merupakan lagu tema musim keempat Stranger Things.

TikTok menjadi punca dan memang tidak dinafikan platform tersebut sangat ‘berkuasa’ sekarang. Orang politik pun boleh naik dan jatuh disebabkan kuasa TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI