fbpx

Bekas pemain kebangsaan Salahuddin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Salahuddin

PETALING JAYA – Bekas pemain kebangsaan era 1990-an, Salahuddin Che Ros menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 53 tahun hari ini.

Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Menurut FAM, Allahyarham pernah menganggotai skuad Barcelona Babes 1992 selain pernah menyarung jersi Pahang dan Pulau Pinang.

“Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI