fbpx

Derma setengah juta Kang Min-kyung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG MIN-KYUNG

SIKAP dermawan penyanyi Kang Min-kyung menuai perhatian ramai apabila dia membuat sumbangan besar bernilai lebih setengah juta.

Penyanyi kumpulan Davichi itu dilaporkan menyumbangkan sebanyak 150 juta won bersamaan RM511,099 kepada Pusat Perubatan Universiti Yonsei.

Sumbangan tersebut diberikan Min-kyung untuk kerja-kerja sosial membabitkan pesakit kanser pediatrik di pusat perubatan terbabit.

Difahamkan, dana disumbangkan penyanyi dan juga pelakon itu merupakan hasil sumbangan dalam talian menerusi saluran YouTube miliknya.

Hasil sumbangan daripada subscriber YouTube penyanyi itu juga akan digunakan untuk membantu menyokong kos rawatan pesakit kanser kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Saya mahu menyalurkan sumbangan ini atas nama subsciber YouTube kepada sebuah tempat yang memerlukan cinta hebat.

“Saya harap ini dapat membawa senyuman kepada pesakit yang menderita kanser,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI