fbpx

‘Anak emas’ Yusof Haslam? Ini jawapan Lizzy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELIZABETH TAN tidak dapat menutup mulut orang jika ada yang mengatakan dia 'anak emas' Yusof Haslam gara-gara kerap membintangi naskhah terbitan Skop Productions.

IMPAK filem Sembilu, Maria Mariana, Pasrah, Bara serta deretan naskhah pecah panggung lain membuatkan pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan memasang impian bekerja dengan sutradara tersohor Datuk Yusof Haslam.

Keinginan untuk menjejakkan kaki ke lokasi yang kerap menjadi latar penggambaran kebanyakan filem terbitan syarikat Yusof yang digelar ‘six million dollar man’ itu juga semakin bergejolak setiap kali melintasi sebuah rumah agam di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor.

Hari ini, bukan hanya berpeluang bekerja mahupun menjejakkan kaki ke banglo tersebut, kekerapan aktres Tionghua yang mesra disapa Lizzy itu terbabit dalam produksi Skop Productions membuatkannya dicop sebagai ‘anak emas’ Yusof Haslam.

Ikuti temu bual bersama Lizzy menyelami perasaan aktres berusia 29 tahun itu yang lebih menyerlah dalam lakonan berbanding nyanyian.

KERAP bekerjasama dengan Skop Productions, Lizzy mengagumi hasil kerja dua pengarah hebat adik-beradik, Syamsul dan Syafiq Yusof.

KOSMO!: Sejak bila Lizzy menyimpan impian berlakon dengan Datuk Yusof Haslam?

LIZZY: Sebenarnya saya memang peminat filem Melayu. Ketika zaman remaja saya, deretan filem Skop Productions yang paling menyerlah buat saya terutama dari segi plot dan barisan pelakon.

Boleh kongsikan apakah drama pertama selain perasaan dapat merealisasikan impian tersebut?

Bagai mimpi jadi nyata apabila pada 2016 saya dapat menjejakkan kaki ke banglo milik produser idola iaitu Yusof Haslam.

Ketika itu saya berlakon drama My Darling, Inspektor Daniel bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz. Lucunya saya menangis kerana terlalu gembira sebab impian sejak zaman sekolah rendah pada usia 12 tahun akhirnya menjadi kenyataan.

Apakah anda sedar dilabel sebagai ‘anak emas’ Yusof Haslam?

Sejujurnya memang sejak drama pertama itu, peluang bekerja bawah Skop Productions mencurah-curah sampailah sekarang.

Apabila pihak mereka yang berterusan memberi peluang, saya takkan tolak. Jadi kalau orang cakap saya ‘anak emas’, terpulang kepada pemahaman mereka.

KARIER nyanyian masih menjadi keutamaan Lizzy. Akan datang, dia bakal muncul dengan single baharu, Tunggu.

Tidak takutkah jika label tersebut menyekat peluang bekerja dengan produksi lain?

Saya seorang yang agak pemalu menyebabkan saya lebih selesa bekerja dengan produksi yang sudah biasa.

Kalau dua tawaran datang serentak antara Skop Productions dan syarikat lain, keutamaan saya tentu saja kepada Skop Productions.

Apakah itu bermakna bayaran Skop Productions lebih berbaloi?
Dalam bekerja banyak faktor perlu diambil kira tetapi seperti saya katakan, keselesaan menjadi perkara nombor satu yang berada dalam senarai.

Apa pun saya rasa bertuah dapat kepercayaan bekerja dengan Skop Productions selepas filem Misteri Dilaila, Abang Long Fadil 3, Gerak Khas Undercover dan banyak lagi sejak 2016.

Mungkin anda rela menolak tawaran lain kerana terhutang budi?
Inilah impian zaman awal remaja saya, bekerja dengan produksi yang sangat dikagumi. Memang produksi ini antara syarikat terawal yang mempercayai bakat lakonan saya.

Seterusnya membantu memperkukuhkan nama saya di layar perak dengan memberikan satu persatu tawaran. Selain saya, nama pelakon seperti Zul Ariffin dan Fattah Amin juga melonjak disebabkan jasa Skop Productions.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI