fbpx

‘Ikat brek’ tipu komputer Puspakom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mendedahkan terdapat segelintir pemilik kende­raan perdagangan menggunakan taktik ‘ikat brek’ semata-mata ingin melepasi ujian berkala selain mahu berjimat hingga membahayakan nyawa pengguna lain.

‘Ikat brek’ yang hanya memerlukan upah RM25 berbanding kos sebenar untuk menukar alat ganti brek baharu dilakukan dengan melaras sistem keselamatan kenderaan tanpa menukar komponen yang telah haus.

Taktik itu digunakan untuk mengaburi pihak Puspakom se­olah-olah brek itu masih berfungsi dengan baik seperti baharu.

Selepas lulus, pemilik akan melonggarkan semula ikatan pada brek tersebut bagi menge­lakkan ia memanas dan terbakar.

Pemeriksaan kenderaan perdangangan perlu dilakukan secara berkala di Puspakom iaitu enam bulan sekali bagi memastikan lori dalam keadaan baik dan selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn. Bhd., Mohammed Shukor Ismail berkata, pemeriksaan brek pada kenderaan per­dagangan diwajibkan setiap enam bulan sekali.

Katanya, taktik ‘ikat brek’ amat bahaya kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan ke­rana bas atau lori sering berjalan jauh sehingga melebihi 300 kilometer sehari.

“Keadaan itu akan mengakibatkan brek kenderaan itu menjadi haus atau rosak dalam tempoh singkat.

“Taktik itu terbongkar apabila kita melakukan risikan mengenai taktik yang lebih mementingkan keuntungan,” katanya kepada ­Kosmo!.

Menurut Mohammed Shukor, terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan tugas Puspakom meluluskan kenderaan tidak mengikut piawaian sehingga wujud istilah ‘kawtim’.

Mohammed Shukor menegaskan terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan tugas Puspakom meluluskan kenderaan tidak mengikut piawaian sehingga wujud istilah ‘kawtim’.

Tambahnya, tohmahan itu tidak berasas kerana pemeriksaan Puspakom menggunakan mesin dan peralatan komputer.

“Ada juga taktik menyewa tayar supaya kelihatan se­perti baharu dan menukar semula dengan yang lama selepas pemeriksaan dilakukan,” kata­nya.

Ujar Mohammed Shukor, pihaknya boleh mengesan luka pada sisi tayar dan lama-kelamaan ia akan pecah.

Katanya, kegiatan menyewa komponen tayar atau ‘ikat brek’ adalah di luar bidang kuasa pihaknya kerana ia dilakukan sebelum pemilik hadir ke Puspakom.

“Tiada manipulasi dalam keputusan kerana pemeriksaan dihantar terus ke pangkalan data tanpa campur tangan manusia,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ada juga pengusaha yang mahu memastikan ke­selamatan pada pekerja dan pengguna lain.

“Mereka melakukan pemeriksaan setiap tiga bulan. Setakat ini, kita telah memeriksa hampir tiga juta kenderaan sepanjang tahun lalu dengan 15 peratus daripadanya gagal ujian brek serta gelincir sisi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN