fbpx

Ibu, anak ditangkap miliki ekstasi bernilai RM171,270

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peket plastik bertulisan 'Juice Master' disyaki berisi dadah jenis ekstasi yang dirampas daripada suspek.

SIBU – Seorang wanita dan anak lelakinya ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di sini, dengan memiliki dadah jenis ekstasi dianggarkan bernilai RM171,270.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata anak beranak berusia 53 dan 28 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di sebuah rumah di Jalan Keranji, kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai 99 peket plastik bertulisan ‘Juice Master’ disyaki berisi dadah jenis ekstasi dianggarkan seberat 3.42 kilogram dan 18 biji pil warna merah jambu disyaki pil ekstasi dengan anggaran berat kasar 5.90 gram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine manakala suspek wanita negatif.

Justeru, Zulkipli berkata anak beranak itu ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952.

Katanya suspek lelaki akan direman selama tujuh hari bermula hari ini manakala suspek wanita direman tiga hari bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLIEN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI