fbpx

Annuar Musa sahkan dipanggil SPRM beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar pada sidang media di Pejabat Perhubungan Muafakat Nasional di Plaza Damas 3 di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan beliau telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan minggu lalu.

Beliau diminta oleh SPRM bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menerima wang jutaan ringgit daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sudah memberi kenyataan kepada SPRM minggu lepas. Saya sebenarnya sangat lega kerana sekali lagi fitnah yang di luar tidak dapat dikawal.

“Kata (dakwa) saya masuk bilik tidur (Muhyiddin) duit berlonggok, ambil duit juta-juta bawa duit pergi ke mana. Patutlah kuat sokong Muhyiddin sebab Muhyiddin bagi lebih.

“Buka Facebook masyaallah beristighfar saya. Jadi bila SPRM panggil untuk beri keterangan saya sangat suka hati dan saya telah beritahu semua jalan ceritanya.

“Saya ucap terima kasih dan saya akan terus beri kerjasama. Itu tanggungjawab saya,” katanya pada sidang media di pejabat Muafakat Nasional (MN) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Annuar yang dipecat keahlian UMNO baru-baru ini menegaskan beliau tidak akan merayu kepada UMNO berhubung pemecatan tersebut.

Menurutnya, beliau membuat keputusan tidak akan merayu kerana beliau tidak tahu apakah kesalahan yang telah dilakukan sehingga menyebabkan pemecatannya berlaku.

Katanya, beliau sehingga hari ini tidak tahu pertuduhan terhadapnya termasuk tidak dipanggil dan ditanya sama ada dalam bentuk lisan mahupun bertulis oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“Tahu-tahu surat sekeping pecat. Jadi saya nak rayu apa. Yang saya dapat rumuskan mereka tidak memerlukan saya. Tiada saya seorang UMNO masih hidup,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`