fbpx

Sekolah Taarana sambut Hari Keluarga, Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada tenaga pengajar, ibu bapa dan pelajar Sekolah Taarana menyambut hari keluarga dan Krismas di Kelana Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Yayasan RYTHM komited untuk meneruskan bakti menyumbang kepada masyarakat dan kumpulan sasaran dalam melaksanakan perkongsian strategik, penganjuran kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.

Lain pula majlis kali ini, Yayasan tersebut telah menganjurkan hari keluarga serta meraikan sambutan hari Krismas bersama para pelajar dari Sekolah Pendidikan Khas Taarana School (Sekolah Taarana).

Sekolah Taarana telah ditubuhkan oleh yayasan tersebut pada tahun 2011 bertempat di Kelana Jaya dekat sini.

Fokus sekolah tersebut adalah untuk memperkasakan pelajar berumur empat hingga 18 tahun yang menghadapi masalah dengan kokurikulum sekolah biasa disebabkan perkembangan akademik, sosial dan penyesuaian mereka yang perlahan.

Yuran bulanan yang dikenakan sebanyak RM1,700 seorang pelajar itu melibatkan sesi terapi pertuturan, gerak kerja dan tingkah laku serta terapi lain seperti tarian, pergerakan dan yoga.

Pengetua Sekolah Taarana, Dr. Sunita Sivakumaran berkata, program yang dianjurkan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kerana mereka menjalankan aktiviti secara berkumpulan bersama ibu dan ayah masing-masing seperti mengait stoking dan juga menghias dewan.

“Ini juga merupakan cara untuk memastikan pelajar kita dapat menunjukkan potensi dan peningkatan dalam pendidikan mereka.

“Dibantu oleh warga sekolah, pelajar mampu mencerminkan apa yang mereka pelajari di sekolah kemudian dipraktikkan apabila mereka berada di rumah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Sunita berkata, pelajar daripada pendidikan khas ini mungkin tidak dapat meningkat dari segi akademik tetapi amat penting bagi mereka untuk membesar menjadi individu yang dapat berdikari ­dengan melakukan aktiviti ha­rian mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI