fbpx

Padah gaduh guna senjata ala Bruce Lee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nunchaku (Gambar hiasan)

BALIK PULAU – Seorang lelaki ditahan selepas terlibat dalam kejadian pergaduhan dipercayai dengan menggunakan senjata ala Bruce Lee berhampiran sebuah pondok di kawasan Bayan Lepas di sini semalam.

Suspek berusia 38 tahun itu diberkas sepasukan polis Barat Daya kira-kira pukul 6 petang semalam.

Difahamkan, suspek menggunakan senjata jenis nunchaku yang digunakan aktor Hong Kong, mendiang Bruce Lee dalam filem Enter The Dragon 1973 serta parang.

Menurut kenyataan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD) hari ini, bertindak atas maklumat, seorang lelaki telah ditangkap kerana terlibat dengan pergaduhan menggunakan senjata berbahaya.

“Pihak polis telah menahan suspek di sebuah pondok Caltex di sekitar Bayan Lepas, Pulau Pinang,” katanya kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan menggunakan senjata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI