fbpx

LRT laluan Kelana Jaya alami masalah brek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya, sekali lagi mengalami gangguan sistem brek dan menyebabkan kekerapan semasa tren, bertambah tengah hari tadi.

Rapid KL menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, jangkaan kekerapan tren meningkat kepada 10 minit di beberapa stesen antara Kelana Jaya ke Lembah Subang.

Hal tersebut berlaku disebabkan sebuah tren dibawa keluar daripada perkhidmatan kerana gangguan sistem brek.

Jadual perjalanan sedang diselaraskan bagi memastikan kelancaran perjalanan bagi laluan berkenaan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman media sosial PRASARANA serta laman web https://myrapid.com.my. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI