fbpx

Dua lelaki maut, Perodua Myvi terbabas rempuh Toyota Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa selepas merempuh sebuah trak pikap di Kilometer 56, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Ladang Serasa di Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah trak pikap selepas terbabas di Kilometer 56, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Ladang Serasa di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Mohd. Nurhisyam Hilmi Abdul Rahim, 37, dan penumpang hadapan, Mhd. Zulkanain Aziz, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian apabila mereka tercampak keluar dari kereta.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi penumpang menaiki kereta tersebut sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Gua Musang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum pemandunya mengawal kereta untuk naik semula ke atas jalan raya.

“Ekoran keadaan yang tidak terkawal, kereta itu merempuh sebuah pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki empat orang mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kereta sebelum terjatuh ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Choon Foo, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI