fbpx

Sasar 500,000 wanita termasuk golongan bujang carum SKSSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (tengah) dalam sidang akhbar berhubung Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya di sini, hari ini.-GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kementerian Sumber Manusia menyasarkan kira-kira 500,000 orang wanita di seluruh negara akan mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

Menterinya, V. Sivakumar berkata, sasaran ditetapkan itu adalah realistik, malah sehingga 8 Disember lalu, seramai 1,092 individu telah mendaftar secara sukarela untuk skim itu.

“Jumlah besar itu mampu dicapai, malah kita sudah menerima lebih 1,000 permohonan walaupun hanya setelah seminggu dilancarkan bermula pada 1 Disember lalu.

“Selain itu, saya juga akan mengadakan taklimat khusus untuk kesemua Ahli Parlimen pada 20 Disember depan bagi menerangkan mengenai skim ini agar rakyat juga dimaklumkan,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kementerian Sumber Manusia tadi.

Pada masa sama, beliau meminta pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) supaya dapat mempergiatkan lagi usaha kempen untuk 2.9 juta suri rumah mencarum dalam SKSSR terutama kelompok miskin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI