fbpx

Piala Dunia: Badi penalti hantui England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE gagal menyempurnakan sepakan penalti kedua sekali gus menjadi punca kekalahan England ketika berdepan Perancis awal pagi semalam. – AFP

AL KHOR – Kapten England, Harry Kane berdepan kekecewaan paling besar selepas gagal menyempurnakan sepakan pe­nalti kedua yang mampu menghidupkan peluang pasukannya ketika berdepan kekalahan 1-2 menentang Perancis awal pagi semalam.

Penggempur utama The Three Lions itu menyempurnakan peluang pertama pada minit ke-54 sebelum England memperoleh sepakan penalti kedua pada minit ke-84, namun tendangan Kane tinggi melewati palang gol untuk peluang menyamakan kedudukan.

Kekalahan itu menyaksikan England terus kempunan me­rangkul kejuaraan dan sepakan penalti sekali lagi menjadi punca kekalahan selepas mereka turut tewas pada final Euro 2020 menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun, gol tunggal yang dijaringkan itu menyaksikan Kane berjaya menyamai rekod Wayne Rooney yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman England sebelum ini de­ngan mengumpul 53 gol.

“Sebagai ketua pasukan, saya mengambil tanggungjawab kekalahan ini. Gagal menyempurnakan penalti adalah suatu yang sukar untuk diterima.

“Ia adalah malam yang sangat mengecewakan, ia bagaikan tamparan yang hebat untuk saya dan pasukan ini. Kami percaya bahawa kempen kali ini mampu memberikan sesuatu yang istimewa,” katanya.

Kane, 29, dianggap pemain yang mempunyai reputasi yang tinggi dalam tugas mengambil sepakan penalti apabila berjaya menyempurnakan 58 tendangan sepanjang karier dan hanya 11 kali gagal.

“Saya tidak boleh menyalahkan persiapan kerana saya benar-benar bersedia menghadapinya. Saya memiliki keyakinan seperti mana saya melakukan pada tendangan pertama,” jelasnya.

Ketua Jurulatih England, Gareth Southgate tetap mempertahankan Kane sembil menyifatkan kaptennya itu adalah calon terbaik untuk tugas berkenaan.

“Tidak ada pemain lain untuk menghadapi situasi ini. Jika esok saya perlu membuat keputusan untuk menyenaraikan pemain untuk sepakan penalti, saya tetap akan membuat keputusan yang sama (memilih Kane).

“Situasi ini adalah suatu yang kejam kerana dia begitu kecewa, tetapi saya fikir dia tidak perlu berasa sebegitu kerana sudah memberikan yang terbaik sepanjang kempen,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI