fbpx
SAKSI-SAKSI memberitahu bahawa polis Perancis menembak gas pemedih mata untuk mengawal penunjuk perasaan. -- AFP

Peminat bola sepak merusuh di Paris, polis berkas 74 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Peminat bola sepak bertempur dengan polis di Paris kelmarin selepas perlawanan suku akhir antara Perancis dan England serta Maghribi menentang Portugal, lapor portal berita MailOnline.

Sekitar 20,000 orang membanjiri jalan-jalan di Paris selepas tiupan wisel penamat menandakan kemenangan 2-1 Perancis ke atas England di Qatar.

Walaupun pada awalnya, ribuan penyokong keluar untuk bergembira, pertempuran dengan polis tercetus kemudian dan menjadi bertambah ganas. Anggota-anggota polis bertindak balas dengan membedil gas pemedih mata ke arah kumpulan orang ramai.

Akhbar La Parisen melaporkan, polis turut menangkap sekurang-kurangnya 74 orang.

Klip video dikongsi di media sosial memaparkan anggota polis Perancis menendang dan memukul sebilangan penyokong yang rebah semasa situasi kelam kabut.

Ribuan penyokong Perancis dan Maghribi itu memenuhi lebuh Parisien tidak lama selepas perlawanan Maghribi menentang Portugal sambil melaungkan slogan kemenangan dan mengibarkan bendera.

Lebih ramai penyokong bola sepak menyertai mereka selepas Perancis memenangi perlawanan menentang England. Rakaman oleh Reuters TV menunjukkan orang ramai memecahkan tingkap kedai dan bergaduh dengan polis.

Gambar dari lokasi di pusat bandar Paris itu menunjukkan beberapa kebakaran berlaku di samping anggota-anggota polis dilengkapi perisai antirusuhan berdepan penunjuk perasaan yang membakar mercun serta suar.

Media tempatan turut melaporkan beberapa perojektil dibaling ke arah pasukan polis oleh kumpulan peminat yang berang. Projektil yang dilemparkan termasuk batang kayu dan batu.

Anggota-anggota polis bertindak balas menggunakan gas pemedih mata terhada peminat muda dalam insiden di luar gedung Dior.

Menurut media tempatan, suasana di jalan-jalan bertukar sekitar tengah malam selepas keluarga-keluarga yang keluar meraikan kemenangan pasukan merek digantikan dengan gerombolan belia lelaki. Mereka mula memecahkan tingkap dan bertempur dengan polis.

Sebilangan motosikal dibakar manakala api boleh dilihat dari avenue de Friedland dekat Champs Elysees.

Pada Jumaat lalu, pihak berkuasa mengumumkan bahawa lebih 1,200 anggota polis akan dikerahkan untuk menangani sebarang bentuk kekacauan yang mungkin berlaku selepas perlawanan suku akhir itu berakhir.

“Hidup Perancis. Kami sungguh gembira dapat mengalahkan England. Kami menang piala ini jika kami menewaskan England,” kata Caroline Milou, 30, semasa meraikan kemenangan negaranya di sebuah pub di Paris. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN