fbpx
PEKERJA membaiki kabel yang terputus selepas serangan peluru berpandu dan dron dekat Odessa pada 7 Disember lalu. -- AFP

Lebih 1.5 juta penduduk Odessa bergelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KIEV – Lebih 1.5 juta orang terputus bekalan elektrik di bandar Odessa, selatan Ukraine kelmarin selepas Russia melancarkan serangan waktu malam dengan menggunakan ‘dron kamikaze’ kata Presiden Volodymyr Zelenskyy.

Pihak berkuasa serantau memberi amaran bahawa kerja baik pulih akibat serangan pada malam Jumaat lepas itu mungkin mengambil masa beberapa minggu dan boleh mencapai sehingga tiga bulan.

“Selepas serangan waktu malam oleh dron-dron Iran, Odessa dan bandar serta kampung di rantau itu berada dalam kegelapan.

“Setakat sekarang (kelmarin) lebih satu setengah juta orang tinggal bergelap,” kata Zelenskyy.

Timbalan pentadbir Odessa, Kyrylo Tymoshenko berkata, hanya infrastruktur kritikal termasuk hospital dan wad bersalin mempunyai bekalan elektrik.

“Stuasi sekarang adalah sukar tetapi masih terkawal,” kata Tymoshenko.

Odessa yang merupakan bandar pelabuhan Laut Hitam, merupakan destinasi percutian popular kepada warga tempatan dan rakyat Russia sebelum Presiden Vladimir Putin menghantar tentera menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu.

Gabenor rantau itu, Maksym Marchenko berkata, Russia menyerang Odessa dengan menggunakan dron kamikaze sepanjang malam.

“Akibatnya, bekalan elektrik terputus di hampir semua daerah dan komuniti di wilayah kita,” katanya.

Menurut Marchenko, dua dron ditembak jatuh oleh unit pertahanan udara Ukraine.

Russia membedil berpuluh-puluh peluru berpandu menyasarkan sebuah infrastruktur utama pada Isnin lalu sekali gus meningkatkan tekanan kepada grid tenaga Ukraine yang rosak akibat serangan berulang kali.

Russia mula menyasarkan infrastruktur Ukraine selepas mengalami banyak kekalahan di medan perang. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN